Your network blocks the Lichess assets!

lichess.org
Donate

ACAArian Sparring Club

668 members

ACAArian Sparring Club


ACAArian Sparring Club ditubuhkan sebagai platform untuk mengumpulkan pemain-pemain catur yang aktif di Lichess dalam satu komuniti latihan yang lebih tersusun, konsisten dan kompetitif.

Kelab ini diusahakan oleh Akademi Catur Ariez Azman (ACAA) sebagai satu inisiatif untuk menyediakan ruang latihan berkualiti kepada pemain dari pelbagai peringkat — daripada beginner sehingga ke pemain tournament.

Kelab ini terbuka kepada semua pemain catur yang ingin meningkatkan prestasi melalui sparring mingguan, latihan online, tournament dalaman, serta peluang bermain dengan pelbagai tahap pemain.

Matlamat utama kelab ini ialah membina suasana latihan yang sihat, aktif dan mencabar supaya setiap pemain dapat mengasah opening, middle game, endgame, pengurusan masa dan mental tournament secara berterusan.

Selain itu, ACAArian Sparring Club juga menjadi tempat untuk pemain saling belajar, bertukar pengalaman, memperbaiki kelemahan permainan dan membina disiplin sebagai pemain catur yang lebih matang.

Semua pemain yang aktif, bersemangat dan ingin berkembang bersama komuniti ACAArian dijemput untuk menyertai kelab ini.

Train. Spar. Improve. Repeat.

Pertanyaan kelas catur online one to one atau bersemuka di negeri kelantan ?
Boleh klink link di bawah :
https://linktr.ee/ariezcatur

WhatsApp Image 2026-05-02 at 10.14.17 AM.jpeg

Tournaments

Forum

ACAArian Sparring Club Forum »